»gelora aty
Saturday, 18 February 2012

"Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang telah menyentuh hidup mereka."
Aku mengambil Eni dan Jojo di bukit mertajam dan membawa ke parit buntar.
Nie pasar malam yang terbesar la kat sini tiap hari jumaat. Kata ku kepada Eni.
Ek?. Takpe-takpe, Eni nak tengok. Eni cuma senyum sinis.
Tiba saja di pasar malam parit aku mencari tempat untuk meletak kereta aku.
Ok, sampai dah. Jom!
Sebaik saja keluar dari kereta, Aku memegang erat tangan Eni dan Eni menyambut tangan aku dengan senyuman
yang tidak akan aku lupa sampai sekarang.
................................................................................................
Pasar Malam Jumaat Parit Buntar
Wah! besar jugak nie. Jawab Eni.
Boleh sakit kepala ronda ni. Eni tersenyum.
Ery nak makan ape?, Eni beli.
Eh, takpe la. Eni beli la ape yang Eni nak makan.
La, Eni nak belanja nie, Asyik Ery je yang belanja Eni sampai hari ne.
Bagi la Eni belanja Ery pulak?,
Eni memandang ke arah ku dan membuat muka yang aku tak boleh menolak, Tapi mukanya agak comel bila
dia buat muka macam tu. Kadang-kadang aku nak tergelak dengan pujuk rayunya yang agak manja tu.
Yela, Eni beli la ape-ape pun. Ery makan je.
Nak air?. tanya Eni kepadaku.
Boleh jugak. Jawabku
Ok jap, Nah air Ery.
Aku cuma tersenyum, malu pun ada jugak time tu. Biasa la kan kalau perempuan yang belanja.
Aku kurang selesa bila jadi macam tu. Aku lebih suka kalau aku yang belikan, biarlah kalau aku habis duit sekali pun.
Janji aku puas, Bila bersamanya aku hanya fikir dia dalam fikiran dan dalam hati aku yang selama nie
kosong.
Memang jiwa aku kosong walaupun dulu aku couple dengan banyak perempuan untuk melupakan gadis yang ku sayang dulu
Syafrina namanya, dia penah buat hidup aku penuh bermakna sampai akhirnya aku terpaksa berpisah dengannya
kerana dia dipaksa bertunang atas pilihan keluarganya. Tapi semua itu hipokrit pada diri aku sendiri, Semua
yang pernah aku couple tak pernah kekal. Sebab jiwa aku pada masa tu kosong sehingga aku kenal
dengan Eni.
Dia merubah segalanya atas diri aku, perangai yang selalu mendiamkan diri dan kurang bergaul. Menjadi ceria,
hari yang gelap menjadi cerah. Bagi aku sekarang, dia adalah sinar dalam diri aku sekarang.
Jom rehat kat taman, letih dah nie jalan.
Jom! Eni pun letih jugak nie, memang betul cakap Ery. Besar sungguh. Eni tersenyum.
Ery, jom ambik gambar?.
Huh?!, jom je.
Aku pun mengambil gambar bersamanya sebagai kenangan aku bersamanya. Aku dan Eni duduk di bangku
berhampiran kami.
Erm. Ery, Eni nak tanya sikit boleh tak?.
Huh?, ape die?
Hurm, nape Ery dah lama tak update blog macam dulu dah?. Eni suka baca blog Ery. Eni tersenyum.
Erm, pasal blog tuh ek?. Entah, mungkin pasal takde cerita menarik nak tulis kot.
Sebab tu Ery stop berblogging sementara nie, Ada niat nak buat lagi. Tapi tak tau la nak
tulis ape?.
Ape kate Ery buat blog tentang kita?. Eni memberi pendapat yang selama aku tak pernah terpikir.
Blog tentang kita?
Ha'ah, tentang kenangan Ery dan Eni?. Kenangan dan memori Eni kat sini dengan Ery?
Erm, ok?. Nanti Ery cuba tulis cerita macam mana?.
Eni mula tersenyum dengan penuh harapan.
Ok, Kalau dah siap nanti Ery bagitau Eni ek?, Eni nak baca. Bleh ingat balik memori tu.
Aku cuma tersenyum apa yang dia kata.
...................................................................................
PL Karaoke Center
Lepas berbual, Aku, Eni, Ayie, dan Jojo bergerak ke tempat kawan aku bekerja di PL Karaoke Center.
Mula-mula aku ingat nak lepak kat situ je. Tapi tiba-tiba termakan pujuk rayu member tuk menyanyi.
Jadi aku ikut je macam mana pun. Ramai jugak la yang join menyanyi, semua gila-gila. Eni tergelak dan tersenyum
melihat telatah member-member ku yang kurang waras. Lagi-lagi Pendek dengan O'on yang banyak menyakatnya.
Sekali-sekala aku memandang kearahnya, macam bosan pun ada?.
Eni?, Boring ke?.
Eni hanya menggelengkan kepala.
Nape tak nyanyi?
Eni malu nak nyanyi guna microphone. Bisik Eni di telingaku.
Ow, ingat Eni bosan tadi.
Tak la, seronok sangat!. Member-member semua gila-gila macam Ery jugak. Eni ketawa kecil.
Lama jugak la aku lepak dengan member-member aku, sampai Eni boleh kenal member-member aku yang gila tu.
Lagi-lagi O'on yang suka menyakat aku dan Eni. Aku suka tengok Eni bila dia tersenyum, setiap saat aku
tak nak hilang pandangan dari senyumannya. Aku harap senyuman tu sampai bila-bila dan aku masih teringat hingga ke hari ini.
Aku mengajak Eni, Ayie dan Jojo beransur balik ke bukit mertajam. Tapi niat aku bukan nak balik lagi, Kalau boleh nak bersama dia lagi.
Ery?, nak pegi mana pulak lepas nie?.Tanya Eni pada ku.
Erm..kita pegi R&R kat pantai bersih?.
Huh!, ok gak tuh. aku tak penah pegi lagi selama aku duduk kat penang nie. Kata Jojo.
Ok gak tuh, Ari ni kan malam sabtu. Tengok Rempit!. Sampuk ayie pulak.
...................................................................................
Perhentian Rehat R&R Pantai Bersih
Wah! ramainye mat rempit kat sini!. kata Eni.
Nie baru sikit, jap lagi ramai lagi yang datang nie.Sampuk Ayie pulak.
Ok, dah sampai. Jom lepak kat tepi pantai.
Aku berjalan disusur pantai.
Aik?, Berubah dah?. Mana pasir?, Asal ada batu plak nie?. Aku keliru sementara.
Diorang dah buat lain nie, dulu kat sini lain.
Lain ke?. tanya Eni yang ingin tahu tentang tempat nie.
Ha'ah. Banyak dah yang berubah, Ery pun dah lama tak pegi tempat nie.
Ayie dan Jojo sedang melihat geng-geng rempit, Aku dan Eni turut serta melihat.
Ery tak naik moto ke?. Tanya Eni.
Huh?, tak minat pun. Lebih suka kereta lagi.
Sama la ngan Eni, Bawak Eni tak suka tapi kalau orang bawak Eni suka.
Tengah rancak bebual, Aku cuba mengalih pandangan aku kat Ayie dan Jojo. Tiba-tiba hilang macam pelesit,
entah kemana.
La, hilang da 2 adik beradik ni?.
Eni tersenyum. Ala, ada la kat mana-mana tuh. Tak kemana pun diorang tu.
Betul gak ek, Kalau Ayie ngan jojo tak sesat kemana pun.
Hah!, Ery. Eni nampak diorang kat pondok tu duk tengok orang merempit.
Aku berjalan bersamanya berdekatan dengan tempat tuh. Kami duduk di lantai berhampiran
tempat letak kereta. Eni menunjukkan mesej yang di hantar teman lelakinya yang membuatkan dia
benar-benar sakit hati.
Tadi die mesej Eni tadi, Cakap dia bosan. Eni maki dia terus tak mesej.
Aku terdiam seketika.
Erm, kalau dia mintak couple balik? macam mane?
Eni dah tak nak dah. Nie yang terakhir, Eni betul-betul sakit hati.
Aku terdiam lagi, entah apa ,yang aku nak tanya lagi.fikiran aku buntu.
Erm. Eni dah pernah bawak dia jumpa parent Eni ke?
Tak, dia tersenyum.
La?, kenapa plak?
Kan abah Eni polis, Ery lupa ek?. Kang abah tau name die.
Abah mesti cari rekod kat balai, Lagi pun boy Eni dulu ada rekod.
Tu yang Eni tak berani nak bawak. Eni tersenyum.
Ow, aku terus terdiam.
Nape Ery senyap? Ery pikir ape?.
Cakap la kat Eni, Jangan la senyap je. Cepat!
Eh..takda ape la, takde.
Nie la muka blur Ery kalau tak tau nak cakap ape. Aku tergelak.
Ek?, Eni tersenyum.
Masa 1st Eni sampai sini, Ery tengok muka Ery macam tak suka Eni datang kat sini. Eni tergelak.
Eh, kesitu plak die.
Eni datang sini adalah perkara yang terindah Ery pernah rasa.
Thank Eni!.
Eh, sepatutnya Eni yang berterima kasih kat Ery. Ery jaga Eni ngan baik kat sini.
Ery lain dari laki lain. Eni tersenyum.
Aku pula tergamam, baik ke?. Macam tak je bagi diri aku sendiri.
Erm.. Ery cuma bleh kata, Ape keputusan lepas nie and ape yang belaku. Kita ikut haluan masing-masing.
Teruskan hidup kita and pikir masa depan.
Aku banyak pikir persoalan dan jawapan dalam diri aku , dan hanya
aku je tahu apa yang aku buat walaupun akan menyesalkan aku masa depan nanti. Tapi untuk kebaikan dia jugak.
Aku merahsiakan dari wajah aku yang blur nie.
Habis je berbual, aku dan Eni terus join Jojo dengan ayie yang sedang rancak berbual.
Amboi, sini plak lepak ek.
Ala, aku tak mau kacau orang tengah dah dating. Sampuk Ayie.
Eni cuma tersenyum.
Ery, tadi Jo buat gila. Dia pegi sembang ngan mat rempit.
Aku ingat tuh kawan dia, buat relax dia ja. Ayie tergelak.
Ah, Jojo tu memang. Selalu buat kering dia ja.
Dalam gurau senda dan lawak jenaka aku dan Eni, aku terlepas pandangan ke arah Jojo.
Jojo kelihatan senyum sinis tengok kami bermesra pada masa tuh. Tapi Jojo tak bagitau aku apa-apa time tuh.
Tiba-tiba ada orang menegur Jojo untuk berkenalan, tu yang membuatkan keputusan untuk balik.
Jom la balik. kata Jojo, Ayie, dan Eni mengikut jugak.
Ape punya laki la, tak gentlement lansung. Ada aku pulak kene pergi.
Aku terus menghidupkan enjin kereta dan terus menghantar mereka pulang.
Satu mesej sampai kat aku.
" Ery,trima kasih ek bawa Eni g ronda. Bawak kate jgn laju sgt ok, Jumpa malam nanti. Bye Ery!"
Aku tersenyum seketika, memang itu adalah hari terindah dalam hidup aku. Tiba mesej sampai lagi, tapi
dari Jojo.
Aku rindu abg aku dah tengok korang!, sweet sgt la beb!, Wey Eni tuh baik sangat. Ko jaga dia
baik2, tapi kalau ko wat ape2 bg dia sedih, siap ko! orang kampung aku tuh!, ok da~~"
Lepas aku baca, aku keliru. Nie puji ke ugut?. Seram aku...
words spilled @ 22:27 /
leave goosebumps here ⋄