Small Cute Grey Red Outline Pointer



Maximum quality for Chrome
1366 x 768 screen resolution

Skin by Le Vans. xoxo
»Senang Untuk Mencintai Tapi Sukar Untuk Melupakan!
Monday, 23 April 2012

This is story about my life….
Orang kata bila bercinta ini pasti akan alami cycle macam ini kan?

Apabila kita berani bercinta,maka kita berani untuk putus cinta.Betul ke?? Tapi tiada sapa yang inginkan perpisahan dan semua inginkan ia kekal sampai ke ijab dan kabul.Allah lebih mengetahui dan Dia tahu siapa jodoh kita yang sebaik-baiknya untuk kita.
Percaya pada Qada’ dan Qadar adalah satu kewajiban bagi kita.Begitu juga dengan jodoh.Kita harus percaya dengan ketentuan Allah.Lelaki ini tidak sama dengan perempuan.Walaupun Allah telah menetapkan jodoh untuk lelaki tetapi ia harus juga berusaha untuk mencari jodoh berkenaan dan perempuan pula harus memilih sehingga ia jumpa dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.
Lelaki Harus Mencari Pasangan Yang Terbaik Untuknya,
Perempuan Harus Memilih Pasangan Yang Terbaik Untuknya.
Adakalanya kita mudah untuk mencintai dan sayangkan seseorang tetapi sukar bagi kita untuk melupakanya.Kita boleh jatuh cinta dalam masa yang cukup singkat tetapi untuk melupakannya,kita perlukan masa yang agak lama.
Begitulah apa yang terjadi pada diri saya sendiri.Begitu sukar untuk melupakan kenangan yang manis bersama orang yang pernah ada didalam hati kita.Tetapi kita tetap perlu melepaskanya.Mungkin itu ujian yang Allah tetapkan dalam hidup kita.
Walau apa yang berlaku,lelaki tetap harus mencari pasangan yang Allah telah tetapkan kepada mereka sehingga ketemu.Insya-Allah.Dan kita juga tidak harus sedih dengan kehilangan ini.

Kenapa kita harus sedih kerana kehilangan seorang lelaki dalam hidup kita??
Kita hanya kehilangan seorang lelaki yang tidak boleh menghargai cinta kita tetapi dia kehilangan orang yang mencintai dia sepenuh hatinya.
 Betul ke?entahlah.Yang penting dalam hidup ini,kita harus percaya pada ketentuan & kebesaran Allah.
Apa pun,saya gembira dengan kehidupan sekarang ini dan hanya nak fokus untuk study dulu…
p/s: patah tumbuh,hilang berganti =)

Labels:

words spilled @ 05:12 / leave goosebumps here