Small Cute Grey Red Outline Pointer



Maximum quality for Chrome
1366 x 768 screen resolution

Skin by Le Vans. xoxo
»cinta terpendam
Saturday, 18 February 2012




Dibawah awan meredup, riak air tenang yang menderu sejuk sayup dedaunan yang berterbangan dan disinilah ku terlamun dalam kalbu tentang dirimu. Hatiku kini terlamun tentang dirimu dan meratapi perjalanan cinta yang kian terus menerus merapuh hingga aku tidak tahu apa itu erti cinta dalam hati ini.

Kini hati aku hanya memandang kepadamu yang memberi penerang bagi sejarah cintaku yang telah lama berselindung dalam gelap. Aku ingin kau tahu yang cintaku ini tulus kepada dirimu dan aku tidak mahu menyakiti hatimu tapi ku ingin menyayangi dirimu kerana cinta bukan untuk memiliki tetapi cinta untuk mengasihi satu sama lain.

Entah mengapa cintaku selalu terpendam bila melihatmu dan tidak pernah terungkap walaupun hati ini memberontak agar engkau tahu isi hati ku ini. Ungkapan perasaan cintaku yang amat tulus ini sangat menyayangimu walaupun ia tidak mampu diungkapkan kepadamu.



Labels:

words spilled @ 22:31 / leave goosebumps here