Small Cute Grey Red Outline Pointer



Maximum quality for Chrome
1366 x 768 screen resolution

Skin by Le Vans. xoxo
»kekosongan yg d'isi
Saturday, 18 February 2012







"Jangan tertarik kepada seseorang kerana wajahnya tampak kerana kecantikan dapat menyesatkan. Jangan juga tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan dapat dimusnahkan. Tertariklah pada seseorang yang dapat membuat Anda tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah."

Wey ery tadi aku isi minyak dia kasi RM27? diskaun ke?
Ery?, tadi Eni nampak ery bagi rm30 kan?
hah?! bila masa diskaun plak nie?, bukan aku kasi 30 ke tadi kat hang?
hah?!!, yeke? ha!ha!ha!.. aku ingat 20 tadi. Relax!, hal boleh settle nyer nie.
Jap aku pegi tambah lagi RM3.he.he.he.
Hang ni Ayie, buat malu aku ja.

Aku dan Eni gelak tak sudah, boleh plak si Ayie ni buat malu time-time camnie.
Aduh~, merah abis muka aku. Kak yang jaga kaunter tu gelak ja tengok telatak member aku sorang nie

Dalam perjalanan ke bukit mertajam mengambil kawanku yang berada di Limau Manis.
Tapi dalam perjalan yang panjang tu. Aku masih kaku nak bersembang dengannya. Cuba untuk bercakap tapi macam berat 10kg je mulut aku ni.

Tapi dalam hati aku, jangan di tanya la time tuh. Memang berbunga-bunga la, macam-macam bunga ada.ha!ha!ha!

Nape Eni? ngantok ke?( aduh!skema betul ayat aku! takde ayat lain ke ).
Dia hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
Aku pun senyum je la, tak tahu sangat nak cakap ape time tuh.
Tapi aku suka tengok senyuman dia, memang tenang bagi aku.
Macam hari-hari aku slalu 3g dengan dia, Tak ubah senyuman tuh. Tapi cuma pandangan matanya je yang kosong, betul-betul kosong. Entah apa yang dia pikir tentang aku, aku sendiri pun tak tahu. Harap-harap yang elok la, jangan pulak dia pikir aku ni ada tanduk setan plak. Parah aku.

.........................................................................

Limau Manis

Aku terus menelefon jojo kawan rapatku di kilang yang sama-sama kami kerja dan sama-sama jugak kami berhenti.( Jangan kata aku hasut dia ok ).
Helo jo! aku kat luar dah ni, turun ar.
Ok! jap!..

Ery? jojo tu umur brape?
Erm..23 dah.
Ow~ kakak la ek.
Ha'ah. Tapi dia tak suka panggil kakak, Tua sangat bagi dia.
ow. Dia hanya mendiamkan diri dan tersenyum sambil memandangku.

Wey, sorry lambat. Jojo menyapa dari belakang.
Hah Eni, nie la jojo. Dia menyalam dan mencium tangannya.
Eh, nape nie? Tanya jojo.
Hah!nape?, Eni buat salah ke?. Dia terus berlari ke belakang aku dengan penuh keliru.
Aku cuma tersenyum.
Tak la, tak payah cium tangan aku. And kalau boleh jangan panggil aku akak, Ko bleh panggil jojo je k.

Ery, ko nak gerak da ke ni?.
Yela, abis tuh ko ingat aku datang sini nak lepak je ke?.
he.he.he., jap aku pegi ambik pakaian aku.
La.. keje 2 kali la neh.
Ala, ko relax ar Ery.
Yela-yela.

15 minit kemudian, kami pun bergerak ke kolam air panas yang terletak di ulu legong, baling kedah. Kira-kira 2 jam juga la nak sampai ke sana.
Tapi aku dah tak segan lagi dengan Dia, Dia menemani ku didepan. Ayie dan jojo di belakang. Senang sikit aku nak sembang, kalau dia duk belakang. Potong line je nanti...

Labels:

words spilled @ 22:36 / leave goosebumps here