»sahabat dan cinta
Saturday, 18 February 2012


Masihkah kau ingat?. Waktu kita, kau, aku, dan mereka berpadu antara satu sama lain tanpa memikirkan darjat atau kaum dengan canda tawa, suka, dan duka dalam merempuh onak duri dalam kehidupan dan hari-hari yang mendatang kelak. Bukankah itu bahagia bagi kamu?
Waktu terus bergerak ke depan hingga membawa diriku kepada titik-titik keresahan hati yang mula membuak-buak dimana aku sendiri terperangkap dalam keindahan permerhatianku terhadapnya, yang membuatkan pintu hatiku terbuka untuk jatuh cinta padanya dan Tuhan mempertemukan kita dengan satu perasaan yang sama. Akhirnya ia membuatkan kita bersatu membentuk hubungan kasih antara satu sama lain.
Tapi sedarkah kamu?, kini semua memori yang kita lalui bersama berubah kerana sikapmu. Cubalah kau imbas kembali kenangan silam bersama kita, kau, aku, dan mereka. Persahabatanlah yang membuatkan kau dan aku bersatu, dan bersahabatan jugalah aku mengenali mereka.
Tapi apakah kamu rela?, jika pada akhirnya persahabatan yang kita bina selama ini tiba-tiba hancur berkecai, jauh, terluka, dan rasa kecewa?. Aku telah berjanji dan bukan hanya aku saja yang berjanji bahawa persahabatan ini akan terjaga erat untuk selama-lamanya, tapi apakah mungkin itu akan terjadi jika sikap dirimu itu terus menyelimuti aku dalam gelap?.
Mengerti cintaku kepadamu.Aku menyayangimu, juga mereka.Akan ku jaga perasaan sayang, cinta, dan persahabatan yang telah kita bina selama ini.Kerana aku sedar bahawa kau ialah jiwa hatiku, dan mereka semangat hidupku di dunia ini.Labels: fwen or love??