»sepi
Saturday, 18 February 2012


"Cinta yang mendalam dari seseorang memberi kekuatan untuk kita, sementara menyayangi seseorang itu memberi kita satu keberanian"
Semenjak Eni balik dari ipoh, aku dapat merasakan kekurangan dan kesepian yang terasa di dalam hati ini. Setiap mesej yang dihantar kepadaku sangat bermakna dan kadang-kadang amat menyentuh hati aku ini. Hari berganti hari sehingga aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukan untuk masa hadapan kelak.
Aku tahu yang aku tidak akan memiliki atau dimiliki kerana dia masih sayangkan kekasihnya walaupun banyak kali di sakiti olehnya. Aku hanyalah tempat persinggahan untuknya buat seketika waktu untuk menenangkan hati yang penuh duka lara. Aku dapat tahu yang dia sudah berbaik dengan teman lelakinya, dan aku hanya mampu tersenyum walaupun aku tidak tahu apa yang aku rasakan sebenarnya. Satu perasaan yang tidak dapat di ungkapkan.
Aku pernah bergaduh dengannya,tetapi ingatanku kabur setelah memori ini ditinggalkan dan terkubur di dalam hati aku. Bila aku fikirkan, mungkin juga salah aku kerana mengharapkan sesuatu yang tidak pasti walaupun aku sudah tahu yang dia bukan untukku.
Aku masih ingat lagi pertemuan aku dan Eni ketika dia datang untuk berjumpa denganku yang penuh dengan memori yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini dan sebab itulah blog ini tercipta kerana dia. kerana aku tidak mahu lupakan kisah aku dan dia yang pernah aku kecapi dulu walaupun hubungan aku dan dia ketika itu tidak lama.
Aku mengambil keputusan untuk meleraikan semua cerita yang aku sendiri tidak tahu penamatnya. Aku dan Eni mula menjadi renggang kerana kebodohanku, tetapi aku tahu yang dia sudah bahagia semula bersama kekasihnya. Itu sudah cukup buat aku, dan aku tidak mahu lagi menjadi penghalang untuk semuanya.Labels: sunyi k