»aku dan dia
Saturday, 18 February 2012


"Orang cakap, kalau kita sayangkan seseorang tu,kita lepaskan dia, dan kalau dia kembali bermaksud dia memang jodoh kita.Tapi kalau dia tidak kembali bermaksud dia bukan jodoh kita, tapi masalahnya sekarang, Boleh ke kita nak lepaskan orang yang kita sayang?sanggup ke kita lepaskan orang yang kita sayang tu kepada orang lain?"
Hidupku sebagai kerja kilang di Pulau Pinang, tak jauh beza dengan orang lain. Orang kerja, aku pergi kerja dan balik kerja terus tidur. Macam hari-hari berikutnya.Itulah rutin harianku sebagai pekerja kilang buat sementara sebelum mendapat kerja baru.
Memang susah untuk aku pergi ke cyber cafe untuk melayari internet pada masa tu kalu asyik sibuk dengan kerja je.
Satu hari aku mendapat pesanan ringkas dari peti simpanan facebook ku. Si dia ingin meminta nombor phone dari aku, pelik?. Aku sendiri tak terpikir nak meminta darinya, hanya ingin sebagai kawan je masa tu.Tanpa berfikir panjang, aku memberi nombor telefonku kepadanya. Mungkin hanya nak berkawan agaknya.
Disitu bermulanya aku mula mengenalinya dengan serba sedikit tentangnya.Tapi masa tu aku cuma anggap dia seperti kawanku sahaja, tak lebih dari tu. Aku masih teringatkan lagi kekasih lamaku yang kian menyepi tanpa apa-apa berita tentangnya. Bagi aku dialah gadis yang pernah sempurnakan hidup aku selama ini.
Hari berganti hari, aku mula menyukainya bila dia berbual denganku,Aku merasakan ketenangan yang tak pernah aku rasa selepas kekasih lamaku itu. Walaupun dia hanya sebagai kawan aku sahaja, tapi aku merasa kelainan bila berbual bersamanya.
Dia mula menceritakan halnya kepadaku, aku mengetahui dia mepunyai krisis bersama teman lelakinya dan cuba menghiburkan hatinya sendiri tanpa menghiraukan keadaan yang berlaku, tapi sesekali dia cuba menelefon teman lelakinya yang menghilang entah kemana.Dia terlalu risaukan teman lelakinya, siapa yang tak sayangkan orang yang disayangi kan?.
Dengar dari apa yang dia ceritakan, aku hanya mampu menceriakan dia walaupun seketika. Aku hanya nak dia senyum kembali macam dulu. Tapi dalam waktu yang sama dalam membantu dalam masalahnya, Aku mula menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi ketika itu hanya perasaan suka yang terpaut di dalam hatiku ini. Aku tak tahu kenapa, tapi yang pasti aku tenang bila berkongsi hal masing-masing bersamanya. Hari demi hari berganti, hubunganku bersamanya menjadi sangat akrab.
Dari hanya panggilan nama masing-masing, hingga panggilan manja walaupun kami tidak mempunyai apa-apa ikatan,pelik kan?. Tapi itu hanya sekadar gurauan yang kadang-kadang menjadi realiti.Rasa bahagia yang dah lama aku sendiri tak dapat. Suaranya seakan-akan kekasihku yang lama, penuh dengan kasih sayang. Tapi aku tahu, dalam kegembiraannya ada kesedihan yang terselit dihatinya.
Sekian lama kami menjadi sangat rapat, hingga kekasihnya muncul kembali meredakan keadaan.Dia mengatakan kepadaku bahawa dia telah berbaik dengan teman lelakinya balik. Aku sepatutnya berasa gembira sangat tentang berita tuh. Tapi entah tiba-tiba hatiku menjadi sebak tak terkata, sepatutnya aku patut gembira dengan hal ini?Adakah aku takut kehilangan dia?.
Aku tiba-tiba menjadi keliru dengan perasaanku sendiri, Aku cuba tenangkan perasaan aku sendiri.Tapi makin lama aku tenang, perasaan tuh lebih pedih dari yang aku sangkakan. Aku mula mendiamkan diri darinya dan meninggalkannya buat seketika bersama teman lelakinya.Aku harap hubungannya akan lebih baik dari sebelumnya.
Selang beberapa hari, Dia muncul kembali dan mula menelefonku berulang kali........Labels: only me