Small Cute Grey Red Outline Pointer



Maximum quality for Chrome
1366 x 768 screen resolution

Skin by Le Vans. xoxo
»perkenalan
Saturday, 18 February 2012






Kadang-kadang jodoh dan pertemuan kita tidak tahu dengan siapa kita akan bersama, tapi takdir dan pertemuan telah menemukan kami dengan tidak sengaja tanpa apa-apa perasaan yang timbul , cuma niat dihati menambah kenalan bagi mengisi kekosongan yang ada.

Aku berkenalan dengannya melalui laman web myspace yang pada mulanya hanya bertegur seperti biasa. Aku cuma sekadar berbual sahaja. Dia belajar disebuah kolej swasta yang berada di Ipoh mengambil jurusan pengurusan kejururawatan.

Sejak dari perkenalan itu, Aku menjadi akrab dengannya sekadar seorang kawan. Bergurau senda adalah sifatku walaupun hati ku penuh dengan kesunyian, Tapi aku suka bila melihat orang lain tersenyum.Membuatkan aku lebih tenang. Sama juga dengannya, Bila aku mula berbual dengannya, Satu perasaan tenang yang aku dapat darinya.

Pada mulanya, aku hanya melihat wajahnya melalui gambar dari myspace itu sahaja, senyumannya membuatkan aku tenang seketika. Tenang yang tak pernah aku lihat selepas kejadian bersama kekasih lamaku itu. Dialah wanita yang ku sayang tak terhingga.Walaupun jodoh kami tak panjang, Tapi dia telah memberi sinar harapan walaupun seketika. Atas desakan keluarganya, Dia terpaksa bertunang dengan pilihan keluarganya. Pada mulanya dia tidak suka pada tunangnya. Tapi aku cuba tenangkannya, walaupun hatiku pedih, Tapi terpaksa menerima takdir yang telah ditentukan.

Aku cuba tenang dan gembirakannya hati seperti waktu bersamanya, Aku tidak mahu dia tahu aku sedih,
tapi sebaliknya dia tahu aku sedih, walaupun dalam kegembiraan.

Pada pandangan kasar bagi rakan-rakanku, Orang akan menilaiku seorang yang periang tanpa memikirkan masalah dan selalu tenang dengan apa yang mendatang. Tapi bila aku bersendiri, Aku berasa sepi tanpa kata bila kehilangan seseorang yang aku sayang selama ini. Adakah ada hikmah apa yang berlaku? adakah akan muncul gadis yang sama seperti yang aku kenal seperti ini? Menjadi persoalan dalam diriku sendiri sambil mendongak ke langit dan memikirkan masa yang akan berlalu.

Aku cuba melupakannya dengan berbagai cara walaupun membahayakan kesihatan aku sendiri.
Aku cuba rapat dan bercinta untuk melupakannya, Tapi setiap yang ku lakukan hanya sia-sia bagi aku, semua yang ku buat tidak pernah kekal, Hatiku tetap padanya walaupun bersama gadis lain. Aku tidak dapat lupakannya.Namanya, suaranya, dan bayangan wajahnya bermain-main di minda ku walaupun bersama gadis lain. Aku masih teringatkannya sampai ke hari ini.

Suatu hari dia tahu aku telah mempunyai wanita lain dalam hidupku yang aku post melalui blog. Aku sengaja berbuat begitu agar dia dapat melupakanku dan mula menyayangi tunangnya seperti mana dia menyayangi aku dulu. Selepas kejadian itu, hubungan aku dengannya menjadi renggang atas perbuatanku sendiri. Aku akur apa yang aku buat adalah yang terbaik untuknya juga,kalu tidak hatinya akan berbelah bagi untuk tunangnya. setiap percintaan perlukan pengorbanan.

Tapi segalanya berubah, Aku mengetahui bahawa dia telah putus tunang, dan pada masa yang sama aku telah menjalinkan hubungan dengan orang lain. Perkara itu telah menjadikan dia kecewa denganku sebab dari perbuatanku tanpa berfikir panjang apa yang aku telah buat. Adakah aku yang salah dalam semua perkara yang aku buat ni?

Memang aku menjalinkan hubungan dengan orang lain, Tapi itu cuma tipu belaka. Aku tidak pernah mencintainya seperti aku mencintai dia. Aku hanya ingin dia bahagia dengan tunangnya, tapi lain pula yang terjadi. Selepas kejadian itu, dia menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Aku terpaksa akur apa yang aku buat.Aku harap dia akan gembira dan bahagia selalu disamping kekasih barunya itu. Harap lelaki tu dapat memberi kasih sayang yang penah aku beri walaupun seketika. Terima kasih atas segalanya.

Dari laman web myspace, aku mula belajar menggunakan laman web facebook.
Bermulalah kisah perkenalanku bersama si dia dengan lebih rapat lagi
sehingga sesuatu perkara yang tak pernah aku terfikir berlaku......

Labels:

words spilled @ 22:56 / leave goosebumps here